hai , hai , hai . eh . hari ni dah khamis pun . haip , bukan cuti umum okay . aku dan segerombolan budak-budak dan cikgu-cikgu sekolah aku je cuti hari ni . sila jeles :) . hari ni semua orang ada tugas masing-masing kan . sekolah , kerja , mendobi rumah , memasak dan menghadap kerja sekolah yang banyak tu kan ? tehee . lumrah . walau langit penuh dengan jerebu sekali pun , tidak mungkin tugas-tugas itu perlu dipinggirkan . sebelum ni , langit kebiru-biruan berganding bahu bersama tompok-tompok awan putih yang menutupi dada langit . kadang kala ditemani pelangi petang yang cukup indah . aceehh ! . hahaha . itu beberapa bulan sebelum jerebu .
dah! Berhenti ah merepek . bila cuti je , semua benda kalau boleh aku nak buat . kalau boleh . tapi tak boleh walaupun dah mencuba seberapa kali yang mungkin . iye ke ? homework , kemas rumah , kemas bilik , kemas almari , kemas meja dan membasuh . tengok ? bertapa banyak benda yang nak kena buat . bangun-bangun tidoq terus masukkan semua baju dalam mesin dan biarkan . teruskan niat untuk mengemas bilik . done !
mari sini kita kongsi beberapa tips yang tak berapa nak tips sangat ni . tips menceriakan bilik yang sememangnya sentiasa ceria . iye ke ? okay , bilik aku ni kadang dia bergolak sikit . kadang okay . bila dia bergolak aku hanya mampu dengar mak aku buka speaker dan aku hanya diam dan muka tidak bersalah . cuba dahulu kalau nak menambahkan suhu kepanasan telinga anda .
The tips :
Warna
Tak lah berapa penting . putih lebih afdal . atau warna lembut . aku biru laut je . nak tukar offwhite lah . baru ceria kan ?
Barangan
Penting jugak . almari terutamanya . kalau rajin boleh ah letak perhiasan bagai .
Langsir dan cadar
Sesuka hati lah nak letak corak apa pun . kalau dinding warna putih , semua warna ok . cadar domo ada tak ? nak beli , nak beli .
Susunan
Sesuka hati jugak . asalkan nampak teratur dan ruang nampak luas walaupun bilik hanya sekangkang kera macam bilik aku .
Kebersihan
Penting! Bila bilik wangi mood ceria je memanjang kan ?
Siap ! tips aku yang tak berapa nak tips sangat ni . merepek aje kot aku ni . hahaha .
Asalkan bilik aku sudah siap dikemas dan kemas . abaikan . dah petang . sesi keluar ke pasar malam mencari nasi kerabu kelantan . assalamualaikum .
4 comments:
amboi apasal bilik ang warna biru bkn pink???
hamboi la . semua nak pink . lagipun biru tu dah lama laaa .
wahahaha... saja ja la biru pon biru la...cik naz oii
yalah pikah :)
Post a Comment