dah cukup la setakat itu mukadimah aku . nanti lari tajuk pulak . sebenarnya , niat dihati nak update entry ni hari rabu hari tuu . tapi kesuntukkan masa , tuisyen bagai . meh usha gambaq dulu .
diedit !
dibuat hari khamis yang lepas . sebelum puasa . ilovecoklatchips -,-
Bahan-bahan ( 17biji muffin )
250gm tepung blue key . tak payah susah-susah tambah serbuk penaik
75gm serbuk koko
350gm gula kastor
250gm butter . iaitu seketul buttercup
3biji telur
1cawan air panas
Cara-cara
1) Ayak tepung dan serbuk koko
2) Putar gula dengan butter sehingga kembang
3) Masuk telur satu persatu
4) Masuk tepung dan serbuk koko tadi berselang seli dengan air panas
5) Kaup dan balikkan sehingga adunan rata
6) Masukkan dalam cup
* kukus 20 minit . Biar air mendidih dahulu sebelum mengukus agar muffin tu pecah dan sedap . teheee .
* pastikan guna cup yang agak keras untuk mengelakkan muffin terlebih kembang .
simple dan senang kan ? selamat mencuba -,- . assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment