24 September 2011

inikah namanya cinta? #1

Aku termenung di balkoni rumah. Melayan perasaan yang aku sendiri tidak pasti. Adakah dia benar-bernar serius? Atau dia hanya permainkan perasaan aku? Sapa tidak kenal dia , seorang playboy yang mampu mencair hati mana-mana perempuan yang mengenalinya. Ya , aku sendiri pernah menaruh hati kepadanya suatu ketika dahulu. Tapi perasaan itu hilang serta merta apabila dia menghilang diri tanpa sebarang khabar berita. Bukan senang nak lupakan jejaka pujaan.

Lama dia menghilangkan diri , sekarang dia hadir tanpa aku pinta , tanpa aku sedar. Dia hadir ingin menagih kasih sayangku. Boleh percayakah lelaki ini? Seorang playboy yang hanya tahu permainkan perasaan perempuan. Dia hadir dengan janji-janji manisnya. Otak aku ligat memikir jawapan yang sesuai untuk aku berikan kepadanya. Mulut aku berkata ya tapi hati aku langsung tidak mempercayainya.

Tok! Tok! Tok! Ketukan pintu telah menyedarkan aku dari lamunan yang panjang. Berapa lama aku mengelamun , aku sendiri tidak pasti. Apabila tersedar aku terus menerpa ke arah pintu bilikku untuk membuka daun pintu lantas ingin mengetahui siapa yang menganggu lamunan aku.

“ Hai , anak mama  seorang ni , buat apa dalam bilik ni? Study ke mengelamun lagi?”, bisik mamanya. 
Mamanya seorang rumah tangga yang berkelulusan university. Educated housewife gitu. Ayat itu yang sering terpancul dari bibir papanya. Puan Lela lebih selesa menjadi housewife selepas melahirkan anak sulungnya , Adam Nazril. Sebelum ini Puan Lela bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah di daerah Kulim.

“ Eh , mama ni. Mana ada Aleeya mengelamun” , katanya. Muka yang sawo matang itu kemerahan menahan malu apabila disindir oleh Puan Lela.

“Ye la tu . Eh , jom turun makan. Semua orang dah tunggu Leya tau tak?” ujar mamanya.

“Okay , mama turun dulu ye? Kejap lagi Leya turun.” balasnya lembut.

“Hmm , cepat sikit.” Lantas mamanya menutup daun pintu biliknya.

Tangan Aleeya pantas menyikat rambutnya yang belum diusik setelah selesai mandi tadi. Dia hampir terlupa kerana terlalu asyik mengelamun. Setelah rambutnya kelihatan kemas dia mengatur langkah turun kebawah untuk makan bersama keluarganya. Begitulah rutin keluarganya apabila hari minggu mahupun hari cuti umum.

“hai semua , sorry lambat sikit.” katanya sambil tersengih.

“lambat sikit angah cakap? Ni kira lambat banyak dah ni.” sampuk adiknya.

Aleeya bercekak pinggang sambil membulatkan matanya ke arah Adam Nazril. Seorang budak montel dan mempunyai mulut yang sangat becok. Comel dan mampu membuat orang sekelilingnya ketawa tapi kadang-kadang mengjengkelkan. Huh!

“Cepatlah duduk. Tercegat apa lagi kat situ?”suara tegas papanya menyedarkannya.

“Rin , baca doa.”pinta papanya. Encik Amir seorang pensyarah di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia , Transkrian. Seorang papa yang sangat penyayang tapi tegas dalam mendidik anak-anaknya.

“Baiklah papa.”lembut suara itu menjawab.

Selesai makan , Aleeya menolong ibunya mengemas meja makan. Selepas itu , dia terus naik ke biliknya. Selalunya dia akan duduk berehat di buaian di luar rumah sambil berborak dengan budak montel itu. Tapi hari ini , dia malas hendak melayan budak montel itu kerana fikirannya menjadi tidak keruan setelah memberi jawapan ‘ya’ kepada soalan yang diajukan oleh Fariz Hakimi semalam. Tiba-tiba dia teringat kejadian semalam ketika dia asyik membaca novel. Bunyi lagu ‘aku suka dia’ telah mengganggu keasyikkannya membaca novel.

One message received. Bisik hatinya. Siapa pulak yang send message malam-malam ni. kacau daun betul lah. Aku baru nak felling-felling. Lantas jarinya menekan button open. Matanya terus mencari nama pengirim message itu. Ha? Fariz hakimi?

Salam , hai. Awak apa khabar?
I miss u dear. Busy ke?

Eei , mamat ni! Meroyan ke apa? Hilang entah kemana tiba-tiba rindu. Geli aku dengar rindu dia tu. Tapi dalam geli-geli bibirku mengukir senyuman tanpa aku sedar. Setelah lama aku mengamati message si playboy tu , lantas aku membalas message itu

Wslm , hai. Baik je.
Tak busy pun. Ada apa tiba-tiba message?
Ada hal penting ke?

Malas hendak melayan ayat manisnya itu. Rindu konon! Baru sahaja hendak menyambung pembacaan yang tergendala sebentar tadi lagu ‘aku suka dia’ kembali berkumandang. Cepatnya mamat ni reply message , selalunya lima ke sepuluh minit baru nak reply. Maklum la tak menang tangan nak reply message-message awek yang berkilo-kilo tu. Meluat! Pantas jarinya menekan button open.

Hmmm , maaf la saya ggu awak.
Saya sebenarnya ada benda nak bgtau awak.

Button reply ditekan.

Hal apa? Kalau tak penting esok je lah bagitau.
Nak baca novel ni.
  
Lagu ‘aku suka dia’ lagi sekali berkumandang. Aku terus meletak novel di meja kecil bersebelahan katilku. Message dulu lah dengan mamat ni. bukan selalu pun. Hatinya berkata-kata.

Tak habis-habis dgn novel awak tu.
Awak, sudi tak jadi gf saya?
Saya serius wak.

Aik? Dia ingat lagi ke aku suka baca novel? Bibirku tersenyum.

Suka hati saya lah. Ada kacau awak ke? GF? Gila ke apa?
Saya nak belajar dulu. Next year nak spm.
Awak tak pa lah dah habis sekolah.

Selang beberapa minit.

Ada saya cakap kacau saya ke?
Alaa , bukan ganggu pelajaran awak pun. Saya serius awak.
Tak tipu. Sumpah!

Main sumpah-sumpah pulak mamat nih. Rungut hatiku. Button reply ditekan.

Apa-apa je lah. Hmm, okay la. Saya terima.
Tapi awak jangan cari pasal dengan saya pulak.
Buang semua perangai gila awak tu.

One message received.

Baik bos. Saya serius wak.
Tolong percayakan saya untuk kali ni.

Button reply ditekan laju.

Okay , saya nak tido dah ni.
Babai. Salam.


One message received.

Okay. Jaga diri.
Good night sayang. Wslm.

Sayang? Sah mamat ni kena sampuk. Senang-senang je nak cakap sayang. Kalau aku , sorry lah. Special person je boleh dengar ucapan tu. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman.

“Ish, aku tak suka dia lah.” Aku menjerit perlahan.




4 comments:

Arai Lekir said...

ada part 2 ke ?

Anonymous said...

ya , ada part 2.

NoreliaHafizah said...

patot aku rsa cter dye cm NO ENDING..hehe
btw, sambonk cpat2 ye zihah! ;)

Anonymous said...

sabaq sat :)