29 December 2011

ending .

lama aku tak update . baru hari ni tangan rasa nak menaip . k , sudah tukar shoutbox . tak comel , tak comel macam shoutmix . tentang dhia tamat . k , sedih . hahaha . tahan , tahan . malu ! hmm , kuat kan semangat dhia tu ? k , tahu lah berlakon . tapi ada ke orang macam tu ? gua respect ah kat perempuan perempuan macam tu . femes jugak kan tentang dhia ni . penuh timeline , home fb aku dengan tentang dhia .

k , aku ni petang petang suka merayau naik moto pusing taman . disebabkan tentang dhia aku kena lah balik awal sikit . satg terlepas pulak kan ? lega , tamat pun . lepas ni cerita apa pulak ? best ke tidak ? tapi kan kenapa tak bagitau pun pasal mak zikir yang meroyan tu ? nak tau la jugak jadi apa kan . nenek zikir tu emo gila kan . sat okay , sat dak . huh !  sabau ja la aku tengok drama drama macam ni .

ombak rindu dengan tentang dhia mana sedih lagi eh ? dua dua sedih . tapi ombak rindu sedih dari awal . pastu happy ending . tentang dhia terbalik pulak , sad ending . apa apa pun , best ! terbaik ah . k , assalamualaikum .




try dengar . tetiba aku suka lagu ni . k , lagu lama .


love this :

Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri . Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah . Bila menangis tdk siapa yg tahu . Semuanya demi maruah diri . Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak . Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan . Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang diuji oleh-NYA .

No comments: