23 February 2012

kalau masa boleh di undur .




Hai awak ! awak apa khabar ? sihat ? saya dah lama tak dengar khabar awak sekarang ? awak , awak macam mana sekarang ? awak masih ingat saya lagi ? kawan awak dulu , waktu sekolah rendah . mesti awak tak ingat saya dah kan sebab awak dah ada kawan baru . tapi saya masih ingat awak lagi . awak , awak ingat tak dulu , waktu kita sekolah rendah . sebelum kita ambil UPSR . awak suka kacau saya , usik saya . walaupun berkali-kali saya marah awak , awak tetap usik saya . awak tak kisah langsung dengan marah saya . awak , awak nak tahu tak saya bahagia sangat bila awak usik saya walaupun mulut saya selalu marah awak . kesian awak . awak nak tahu tak kenapa saya bahagia bila awak usik saya ? sebab bila awak usik saya , saya rasa dekat sangat dengan awak...

saya ingat lagi , dulu awak ' terror ' dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan waktu kita sekolah rendah . awak selalu riak bila awak dapat markah paling tinggi dalam kelas dan dulu awak pernah cakap yang kalau saya dapat A dalam Penulisan dalam UPSR awak tak kan ganggu saya lagi . tanpa berfikir panjang , saya terus bersetuju dan tanpa saya sedari persetujuan saya itu membuatkan kita terpisah sehingga hari ini . masa keputusan UPSR diumumkan , saya dapat A dalam Penulisan  . awak pun dapat A . saya cuba tanya awak , awak dapat berapa A ? walaupun saya dah tahu awak dapat keputusan sama dengan saya , saya tetap nak bertanya jugak . tapi awak buat tak endah saja dengan pertanyaan saya . waktu tu saya rasa 'frust' sangat . waktu tu juga saya rasa sunyi sangat .

akhirnya saya tersedar perjanjian kita dulu , kalau saya dapat A dalam Penulisan , awak tak kan ganggu saya lagi . dan awak betul-betul kotakan janji awak . awak , kalau masa boleh diputarkan balik , saya tak nak buat perjanjian yang menyebabkan kita berpisah . biarlah awak terus mengusik saya sebab saya rasa bahagia sangat . awak , kalau awak baca coretan ni , awak masih ingat saya lagi tak ?



p/s : sekadar perkongsian untuk awak , awak dan awak semua . pikah , terima kasih sebab sudi coret dalam buku catatan aku dan sudi kongsi cerita yang bagi aku sweet sangat . aku doakan hang dapat jumpa dia balik. assalamualaikum .  let's this short story make a history in ur life .

4 comments:

hana said...

erk..
bukan saye orang yg di maksudkan..
hihih

nazihahrafar said...

hehehe . memang pun :)

cikpinky said...

hehe..best enry ni :P

fatyn said...

hehek! suka coretan ni. nak share gak la.