19 April 2012

dugaan kah ini ya allah ?

alhamdulillah . tu je yang mampu ucap bila kawan aku sedar dan masih kenal aku . aku mintak maaf sebab suruh hang bawak moto . aku tak sangka benda macam ni nak jadi . kalau aku tak suruh hang bawak moto mesti hang tak jadi macam ni kan ? aku mintak maaf sangat-sangat syahirah :( .

dugaan kah yang Allah bagi kat aku semalam ? adakah sebagai peringatan untuk aku . kalau masa tu boleh diundurkan semula aku tak mau beli kuih dan lalu ikut jalan tu . tapi tu semua luar jangkaan aku . petang tu tusyen , sebelum p tusyen singgah beli kuih japp . lepas tu dekat trafic light jalan tu , masa nak jalan ada kereta wira kaler grey tak silap aku selisih dengan moto kami . macam mana ya nak cakap ? kereta tu macam bergesel dengan kami lepas tu moto tu melelong-lelong . lepastu terus jatuh . lepas jatuh tu aku tengok diri aku . tudung tercabut . helmet of course lah tercabut jugak . jauh helmet tu melayang .

aku cepat-cepat cari tudung . scarf dalam hilang . aku pun tak pasti dimana scarf tu melayang . tanpa fikir apa-apa aku terus pusingkan kepala syahirah . Ya Allah , teruknya . hatiku berkata . hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku . risau , gementar . dalam fikiran aku hanya aku mampu fikir apa yang aku nak jawab dekat mak dia nanti kalau terjadi apa-apa kat dia . kalau boleh aku nak ja meraung kat situ . pertama kali dalam hidup aku jadi macam ni .

tertiba ada seorang pakcik ni datang . tengok muka dia aku rasa macam lega . mungkin pak cik ni boleh dipercayai . dia suruh aku pegang beg . takut hilang . lepastu aku terus tengok moto aku . dah diangkat . aku terus cabut kunci moto . terus aku terduduk disisi kawan aku yang mungkin pengsan . sebab mata dia tertutup . aliran penafasan dia macam tersekat-sekat . sekali lagi aku mengalirkan air mata . dan hanya mampu berdoa semoga Allah selamatkan kawan aku . tak perlu lah aku nak ceritakan keadaan dia ketika tu . bagi aku keadaan tu ngeri sangat buat aku . tak kan aku lupa lupa kenangan sepahit itu dalam hidup aku .

dalam kekalutan pakcik tu suruh aku memangku kepala dia dan bukak tudung dia . aku memanggil dia . tapi dia diam jaa . dalam beberapa minit , dia buka mata . aku terus tanya dia kenal aku tak . dia diam dan terus tutup mata . masa tu aku hanya mampu menjerit pacik tolong kawan saya . entah kali keberapa aku menjerit , kereta yang bergeseran dengan moto aku tadi tu rivers semula . sebelum tu kereta tu nak larikan diri . tapi ada seorang uncle india tu kejar dia . aku disuruh masuk kedalam kereta . aku memangku dia sekali lagi .

di depan pintu kecemasan , aku memanggil dia . dan dia membuka mata dan bertanya kepada aku . kenapa dengan dagu hang ? masa tu aku terdiam . lupakah dia apa yanng terjadi ? selesai mendaftar di kaunter aku meminta kebenaran untuk masuk . sedang doktor merawat dia aku terus bertanya kenai aku dak . dia menjawab kenai . alhamdullilah . tangan dia sejuk sangat . muka pucat . mungkin kali pertama .

selesai aku mencuci luka dan berjumpa dengan doktor . aku bertanya kat mana kawan aku . dia cakap kat ruang rehat . aku terus jumpa dia . aku mintak maaf kat dia sebab suruh dia bawak moto tadi . dia kena rehat sampai pukul 11 . lepastu aku bagitau mak dia call tadi . selepas berbincang masing-masing mengambil keputusan untuk bagitau mak . aku nak teman dia sampai pukul 11 . tapi lepas mak aku sampai , mak aku ajak p tengok moto . sebab dah dekat mangrib kan . dalam perjalanan nak dekat kereta , aku terserempak dengan mak dia . aku mintak maaf . mak dia cakap tak pa , nak buat macam mana benda nak jadi . lega .

selesai urus moto semua . mak aku suruh bawak moto balik rumah . tapi aku memang tak boleh bawak . gementar tahap maksima . lepas tu call ayah aku . dah settle semua . terima kasih kat pakcik tu . sampai rumah text syahirah . mintak maaf sekali lagi .

Ya Allah , kalau ini dah engkau aturkan . aku  akur . aku berharap kejadian macam ni tak kan berlaku lagi . amin . hari ni aku mc . sebab jalan pun terhinjut-hinjut . aku luka sikit ja . alhamdullilah semua selamat .
terima kasih kat sapa yang tolong semalam . Allah ja yang mampu balas atas kebaikkan tu .

No comments: