08 May 2012

online shop !

huh . lama aku tak merepek dekat blog busuk aku ni . tiba-tiba hari ni rasa rajin pulak nak update . cepatnya masa berlalu . dah 8 May pun hari ni . lagi berapa bulan ja nak spm . k , cuak . khamis ni dah mula mid year test . serius , takut tahap maximum . tapi study tak jugak . haih . macam la jawapan tu nak turun
dari langit .

hari ahad tu , lepas balik dari kem easyaddmath tiba-tiba nampak van poslaju lalu tepi kereta .  hati terus sahaja  bermonolog , mesti dia hantar shawl aku tu . eh , dah sampai rumah tak da pulak dia lekat notice ke apa . tak pa la . esok leteww . masuk rumah terus tidoq . letih gila ok . lepas bangun tidoq . jiran panggil . aku pun keluar ah .

rupanyaa dia nak bagi parcel aku . entah kali keberapa dia tolong aku amekkan parcel . terima kasih je aku mampu bagi . lepas tu terus tengok pengirim . eh , dari TUDUNGPEOPLE lah . terus aku koyak parcel tu laju-laju . yeay , NUMABLACK aku dah sampai . 



tudungpeople bagi card ok . 


malam tu terus pakai . siap ada cop mohor lagi tau .

kain dia memang best . sejuk . labuh , lebar . semua ok . kiranya aku puas hati la . jom lah ramai-ramai beli shawl kat sini . harga memang berpatutan lah dengan material diaa . klik TUDUNGPEOPLE kalau nak usha-usha  . 

aku nak share lah sikit pendapat aku tentang online shop . bila nak beli barang online kena pastikan owner tu serius . lepastu page or blog tu sentiasa berupdate . dan owner tu akan reply email kita secepat mungkin dan membalas setiap email kita . bukan senyap macam tu je .
tambah-tambah kalau tanya bab balance duit . lepas tu kena banding harga online dengan harga kat luar .
kalau berbeza sangat baik jangan beli . membazir . macam bawal cotton corak tu kat luar harga dalam RM 15  hingga RM 10 je . online jual RM25 . postage lagi . baik tak payah beli . lepastu tengok harga postage dia sama . kalau poslaju dalam semenanjung bawah 500gm 6 ringgit je . kadang tu dia letak sampai 8 ringgit . haih .  tu ja kot yang aku rasa . tapi bukan semua online shop macam ni . online shop ni ada keburukkan dan juga kebaikkannya jugak kan ?
k , assalamualaikum .

No comments: